Friday, February 24, 2012

My Fitness Pal

Dear Fattytini,

I am sorry that I ditched you like months away... I have been so busy piling up my weight that I was so afraid to update my progress.

Suddenly, I found out quite a few of my friends are using MFP, which I have nearly not update since a year ago. And when I started using it, I think I am much better in controlling what I eat, and know what is the calorie count.

Once a week, I do veer way off the calorie intake per day, but it is maybe toward rewarding myself since I have been diligently following the calorie count for the previous 6 days.

And now, I am starting to lose weight again. It is just it plateaued at certain point, that I am giving up at first. Now, I am starting to watch what I eat, and I feel that reaching my 30s, the metabolisme has been quite slow for me.

Better start dieting now, rather than later. I wish I do not pile on the weight when I will be entering my 40s! *horror*

Saturday, September 17, 2011

My weight had gone down...

Miraculously. My weight is usually stagnant even during fasting month, now miraculously I lost certain amount of kilograms this time.

This was my stats when I was 28 years-old. Sebelum ni, malu-malu alah nak update stats, sebab 54.7 kg pun macam mimpi dahulu kala. I was weighing around 56 kilograms.

Statistics as at 26 April 2008:

Weight = 54.7 kg
Body Fat Range = 32.5% (Obese)
Body Water Range = 49.4% (should aim 50-55%)
Muscle Mass = 34.8
Physique Ratings = 5 (Standard)
BMR = 1130
Basal Metabolic Age = 36
Bone Mass = 2.1 (should aim 2.4 kg)
Visceral Fat = 4 (Excellent)

Now, I'm 31 years old, and this is my new stats

Statistics as at 17 September 2011:

Weight = 52.0 kg
Body Fat Range = 31.1%
Body Water Range = 50.4 %
Muscle Mass = 33.8
Physique Ratings = 5 (Standard)
BMR = 1083
Basal Metabolic Age = 34 (only 3 years older, instead of 8)
Bone Mass = 2.0
Visceral Fat = 4 (Excellent)

Persistence & perseverance is the key, chewah :p

Thursday, June 30, 2011

Mula Sedar Diri.

Apabila makin lama, makin Cik Abang bertambah langsing dan berotot sini sana :-p

Oleh itu, marilah telan jus buah-buahan untuk brunch pagi ini.

Betik + Whey Protein (Cosway) + Air + Ais

Rasanya eerr tak sedap tapi telan sajalah. Dah buat tak baik membazir :-)

Tadi pagi pun dah mula pusing tasik. Pancit di tengah jalan (padahal jalan lenggang kangkung). Almaklum, dah tiga bulan tak bersenam.

Thursday, June 02, 2011

My weight ballooned to 54 kg!

Wednesday, May 25, 2011

Someone commented that I looked chubby

Much happier back in Malaysia I guess... berhabuk ler pulak CD Exercise kat rumah tu, harus berusaha ni

Tuesday, May 24, 2011

Cara-Cara Bersenam Yang Betul.

Saya bertanya kepada juru terapi saya yang baik hati tentang cara-cara bersenam yang betul. Begini katanya.

Pertama, warm up atau panaskan badan terlebih dahulu. Jangan salah anggap stretching dengan warm' up sebagai perkara yang sama. Tidak! Jangan sesekali stretching ketika badan belum loosen up. Tak fasal-fasal prap! Terseliuh badan. Jadi, bagaimana mahu warm up? Berjalan perlahan-lahan selama lima minit. Kalau yang bersenam di rumah, lari setempat dengan perlahan.

Kedua, stretching. Stretching sangat-sangat penting untuk prepare tubuh badan sebelum melakukan fizikal aktiviti yang berat. Juru terapi kata, kalau malas mahu bersenam, pagi-pagi bangun tidur, warm up sikit, lepas tu stretching sikit, tidaklah asyik sakit belakanglah, sakit badanlah.

Ketiga, barulah melakukan aktiviti kardio atau tak kisahlah aktiviti fizikal apa yang kita pilih.

Keempat, warm down. Contohnya, perlahankan langkah secara berperingkat-peringkat selama lima minit. Atau lari setempat.

Kelima, stretching. Yang ini WAJIB buat selepas bersenam. Kalau terus masuk kereta atau duduk relaks di sofa, gamaknya malam atau esoknya sakit badan :-p

Ha, begitulah ya kawan-kawan, tatacara bersenam yang betul. Selamat bersenam!

Tuesday, April 19, 2011

...

Dear Fattytini,

I am on Herbalife back. Sebabnya: perutku dah macam melebar. Last time I was on Herbalife, that thing managed to trim my tummy back.

Exercise, alhamdulillah masih maintain. Cuma geng pencabar kita nampaknya sudah slow down dalam usaha mereka untuk bersenam. Jadi nampaknya kita ada can lagi nak kejar diaorang ni..

Cik Yah, walaupun dah turun 1/2 kilo, memang nampak muka dah kurus compared to before. Lepas tu dia cakap cuti exercise pulak. Tak boleh nak imagine kalau turun 10 kg, confirm dah slim sangat2 jadiknya.

So geng, siapa yang tengah exercise sekarang??

Friday, April 15, 2011

Seluar-seluar lama sudah tidak selesa dipakai. Longgar! Mujur punggung masih besar. Sekurang-kurangnya tersangkut di situ. Nak harapkan pinggang, pinggang sudah tak boleh diharap :-p

Terpaksalah memulakan projek membuka butang dan menjahitnya semula ke tempat yang jauh sikit. Jimat belanja! Tak perlu beli seluar baru. Lagipun, seluar lama sedap dipakai. Terutama yang berjenama Ms. Read.

Yang sedihnya, sudah dua minggu kasut digantung. Mood bersukan sudah lari tsk. Mood makan pula mencanak naik tsk. Macam manalah nak capai target tsk tsk....

Monday, April 04, 2011

Changing the target

Bila tengok targetku di sidebar tu, macam unrealistic pula. Sebab konon-konon nak berat 45kg tapi target July boleh achieve. Adeh deh... jom ubah target la kasi realistik sikit.

Hakikatnya, berat badanku naik walaupun suamiku memberi komen, "Adik, ibu dah exercise dengan Wii Fit tu hari-hari." Berat sekarang, huk huk 53.8 kg. Hancur dietku semenjak balik Malaysia (eleh alasan konon).

Motivation sekarang, semenjak report duty Jumaat lepas, adalah beberapa orang telah mengatakan saya kurus. Kurus tang mana tu? Pinggang dengan peha kot? Even my aunt pun cakap I kurus.... hikhik

Jadi sekarang, daku akan cuba meneruskan diet ku dan healthy exercises pula. Ni dah start kerja, cabaran pula sebab tak tahu nak slot tang mana exercise.

Ok now I am targeting to get 50 kg by end of July 2011. Apakah berjaya?

Friday, April 01, 2011

Hari Penentuan.

Hik hik. Ini jawapannya:
Weight = 71.7 kg
Body Fat Range = 36.4% (Obese)
Body Water Range = 46.5%
Muscle Mass = 42.7 kg
Physique Ratings = 2
BMR = 1404
Basal Metabolic Age = 47
Bone Mass = 2.8 kg
Visceral Fat = 7 (Healthy)

Walaupun tidak menepati sasaran, tetap satu pencapaian! Ini bermakna saya sudah menurunkan berat badan sebanyak 8.6 kg, iaitu 10.7 peratus daripada berat asal, semenjak bermulanya perjuangan [yang sudah bertahun!] Paling membanggakan, umur metabolik saya kini 47 tahun, berbanding 54 tahun sebelumnya.

Kad Laporan untuk bulan Mac:

ITEMW1W2W3W4
Weight72.4 kg71.6 kg72.7 kg72.2 kg
Body Fat Range36.8%
Body Water Range46.3%
Muscle Mass42.5 kg
BMR(kcal)1397
Basal Metabolic Age48
Bone Mass2.8 kg
Visceral Fat7

Seterusnya, saya mensasarkan penurunan sebanyak 1 kg untuk setiap bulan. Oleh itu, sasaran baru ialah:
68.7 kg pada 30 Jun 2011

Saya mendapati, kelemahan saya ialah lean muscle, di mana Muscle Mass tidak berubah di 42.7 kg. Saya perlu mantapkan otot-otot supaya kadar metabolik saya lebih baik. Oleh itu, saya akan menambah latihan beban dalam rutin harian.

Doakan kejayaanku! ^V^

Wednesday, March 30, 2011

Tercapaikah sasaran?

Hari ini, hari terakhir latihan sebelum penimbangan pada 1 April 2011. Kalau boleh, mahu usaha sehabis upaya kerana esok perlu berehat. Kenapa perlu berehat sebelum hari timbangan?

Apabila kita bersenam, kita menggerakkan otot-otot badan. Otot-otot mengembang, menguncup. Oleh itu, penambahan berat badan adalah normal selepas bersenam. Ramai yang berhenti bersenam di gim atau tidak lagi menyertai aerobik kerana menurut mereka, selepas bersenam, berat badan makin bertambah. Namun, jangan risau. Jangan cepat berputus asa, malah teruskan usaha. Penambahan berat badan itu takkan melebihi 2 kg dan bersifat sementara. Sebaiknya rehatkan dulu otot-otot selama sehari sebelum menimbang badan.

Adakah Fattytini berjaya mencapai sasarannya? Mari kita tunggu hari Jumaat. Harapnya penimbang itu tidak mengenakan usikan April Fool :-)

Monday, March 28, 2011

Beratku naik :(

Jap nak pergi telek gambar Britney Spears :(

p/s: Kak Tini, hang jual lagi tak Herbalife?

KPop Dance, anyone?

Menelaah tarian KPop. Manalah tahu boleh kurus macam awek-awek Girl Generation ini :-)


Hmmm... kena beli boots merah jambu juga kah?

Friday, March 25, 2011

Contoh Selebriti Malaysia Pula.


Ini Adruce. Nik Muhammad Farith Adruce. Heeeee comelnya! Rasa nak cubit-cubit sahaja pipi itu, bukan?

Gambar ini semasa Adruce berlakon Tentang Bulan pada tahun 2006. Ketika itu, dia berusia 12 tahun.


Ini pula Adruce bersama para pelakon filem Brainscan pada tahun 2009. Berbaju merah jambu. Hmmm... pipi itu nampak sedikit kempis.

Selain berlakon, Adruce juga menjadi pengacara untuk rancangan kanak-kanak. Adakah di NTV7 atau TV9? Tak berapa pasti pula.

Dan TARAAAAAA!!!!


Ini pula gambar Adruce terkini untuk rancangan bersiri Waktu Rehat. Gosok mata semasa mula-mula nampak di TV. Adruce? Adrucekah ini?

Tapi, macam terlalu kuruslah pula :-)

Apa pun, tak kisahlah Adruce versi XL atau S, tetap personalitinya cukup comel untuk dilihat.

Memang sesuailah dia menjadi Johan, budak nakal tetapi terlalu protektif terhadap adiknya, Amira. Jangan ada kawan-kawan yang cuba-cuba untuk mengurat adiknya itu, nanti akan diganyang. Kalau dia yang gatal mengurat awek lain, tak mengapa :lol:

Monday, March 21, 2011

Balik Kampung

Seperti yang dijangka, berat badan naik kepada 72.7 kg setelah pulang dari kampung. Mak cakap, "Takpelah, balik nanti diet semula."

Keh3x.

Amboi Mak, ingat senang ya nak turunkan 1 kg? Naiknya senang, turunnya payah :-p

Tak mengapalah kan, asal Mak senang hati tengok anak-anaknya makan ^V^ Lagipun, kira OKlah tu cuma naik 1 kg HAHAHAHA.

Baiklah, back to life. Mari mengemas rumah yang bersepah macam tongkang pecah, halaman yang penuh daun-daun dan basuh baju yang berlonggok-longgok! Senaman juga tuuuuuuu....

Friday, March 18, 2011

Cara-cara exercise yang seperti tak exercise

Dear Fattytini,

Wah sampai-sampai Malaysia je, orang ex-Manchester update blog. Hehehe.

This is just a guide, sebab kadang-kadang rasa macam nak buat exercise tu malas bukan main. Konon main Wii pun dah repetitive habis dah, hehehe. Antara exercise yang membakar banyak kalori adalah berjalan :)

Berjalan? Sebab tak sempat nak proper exercise, saya ada cuba selitkan brisk walking and running with pushing baby stroller bila ke mana-mana.

1. Pergilah ke zoo. Zoo sangat luas, bawa anak pun enjoy. Boleh brisk walking lebih dari 3 jam. Saya buat brisk walk 5 jam kat Colchester Zoo. Ada masa jalan malas-malas, semalas badak berendam dalam air berjam-jam, ada masa laju macam cheetah.. kehkeh.

2. Travelling. Kami masa travel di Europe, sangat suka menggunakan public transport. Metro, tram, train dan bas. Kalau bawa kereta jer, boleh juga brisk walk bila ke National Park (seperti di Ireland) sambil memanjat bukit.

3. Shopping, hahahah... destinasi kegemaran semestinya Cheshire Oaks. Bertawaf dari satu hujung ke hujung yang lain. Paling kurang, jalan sahaja boleh contribute 2 jam.

4. Semalam baru praktikkan.. berlari sambil push stroller dengan sangat laju sebab mengejar flight ke London dan connecting flight ke Kuala Lumpur yang agak tight. Sudahlah terminal connection kena naik bas :P

5. Physical activity, laser quest, wall climbing dengan kawan-kawan. Last time pergi menembak atas gunung exercise otot tangan.. kahkah

Mudah kan exercise yang seperti tak exercise ni? Especially point no. 3 tu :P

Tuesday, March 15, 2011

Report Card

Malam tadi membongkar stor. Jumpalah majalah Rapi yang lama. Bolehlah belek-belek sebelum tidur :-)

Jumpa satu fakta menarik berkenaan yogurt:

YOGURT JUGA MERAMPINGKAN. Yogurt dipercayai membantu merampingkan bahagian pinggang bagi penderita obesiti. Kajian yang dilakukan di University of Tennessee, Amerika Syarikat ke atas beberapa penderita obesiti dengan mengambil yogurt tiga kali sehari selama dua bulan mendapati mereka mengalami penurunan kadar lemak terutama di bahagian perut. Selain kadar lemak menurun sebanyak 61 peratus, tubuh mereka juga kelihatan lebih segar.

Ooohhh, patutlah kad laporan saya nampak ada sedikit peningkatan minggu ini setelah hari-hari yang sungguh depressing minggu lepas. Lemak yang degil tak mahu blah malah bertambah, akhirnya mengalah pagi tadi. Apa tidaknya, semalam entah berapa kali menelan yogurt. Mujur sedap :-p

ITEMW1W2 W3W4
Weight72.4 kg71.6 kg
Body Fat Range36.8%
Body Water Range46.3%
Muscle Mass42.5 kg
BMR(kcal)1397
Basal Metabolic Age 48
Bone Mass2.8 kg
Visceral Fat7

Nampaknya snek yogurt lagilah kita hari ini ^V^

Saya mempunyai 15 hari lagi untuk mencapai berat sasaran iaitu 70 kg, sebelum saya meletakkan sasaran seterusnya untuk 30 Jun 2011. Tsk tsk. Bolehkah saya melakukannya?

[Suara-suara latar di belakang sana wajib menjerit, YA, KAMU BOLEH!]

Muka saya mula menghijau kerana esok balik kampung. Aduh Mak, tolonglah jangan panjat pokok kelapa itu untuk memasak nasi lemak!

Monday, March 14, 2011

Hari ini, banyak menu berasaskan mangga. Mahu balik Johor pada hari rabu, jadi segala bahan perishable perlu dihabiskan. Snek pagi, yogurt dengan mangga. Tengahari pula, shake mangga.


Bahan:
Setengah cawan mangga
Dua sudu besar yogurt
Setengah cawan susu rendah lemak
Sesudu besar Herbalife Strawberi
4 ketul ais

Campurkan semua bahan di dalam pengisar.


Minum perlahan-lahan. Mm mm, sedapnya :-)

Kawan-kawan jangan risau, ya? Saya bukannya mahu berlapar untuk segera kurus. Oh, tidak-tidak. Makan itu wajib hehe. Sengaja makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Insya-Allah, jam 3 nanti saya makan lagi. Begini, badan saya akan terus bekerja untuk memproses makanan. Harapnya semua tenaga digunakan dan tidaklah dimasukkan dalam stor. Lagi menyampah kalau letak di stor perut dan punggung. Cukup-cukuplah.

Sunday, March 13, 2011

Adoi dugaan!!

Nilah bahananya nak balik Malaysia..

Orang sini jamu makan tak berhenti-henti. Macam kenduri kat rumah orang pun ada. Dinner and lunch ditaja gitu.. huhuhu. Masa pergi Colchester Zoo Ahad lepas, ada juga berlari-lari anak sambil menolak stroller. Walaupun jalan 5 jam, berat tak turun-turun pula, mungkin sebab period (Eh salahkan period pulak?)

Tapi memang exercise pun dah malas-malasan, adui.. Sebabnya, dah penat kemas rumah, dah tak sempat nak pasang Wii. Hari tu main laser quest 25 minit jer, walaupun habis lencun baju berpeluh main tembak-tembak, lepas tu pergi bantai makan Nandos... aiyoyooyo. Kak Ida, nanti balik sini kita gi main laser quest ok.

Hari ni pula hari terakhir saya jaga Sekolah Malaysia, apa lagi, habis semua nak rasa. Laksa, nasi lemak, nasi minyakk.. Aiyo mak, hancur diet ku hancur... opsss

Tapi bila baca struggle geng of 4 dan melihat badan Britney Spears tu terus bersemangat nak exercise dengan berblogging.. hehehe :P

Friday, March 11, 2011

Berazam! Berazam!

Dear Diary,
To be frank, this is a frustrating week. I exercise almost every single day, watch my food, but the fat just won't dissapear. In fact, the scale says I weigh heavier. I feel like giving up.

But then, I must not.

I must remember these faces. My own personal trainer. My kids. Geng Biru. Geng Merak. They are all behind my back, supporting me, encouraging me. They'll be dissappointed if I were to give up now. [Lagipun, malu dekat geng, dey!] I won't let them down. And most importantly, I won't let myself down. I know that I deserve to be better, not just this old plain boring Fattytini. I deserve to be healthier, slimmer and happier. I just have to presevere and keep pushing myself. I CAN DO IT!

Furthermore, if Britney Spears can change herself from this:


to this:

Britney Spears latest photo in OUT Magazine.

I CAN TOO.

I'm sure she didn't do liposuction whatsoever, because her new body is not like an overnight thing. Unlike some artistes in Malaysia. Seminggu lepas nampak di TV gemuk, alih-alih buat show dekat Anugerah Juara Lagu, eh eh kurusnya? Tak tahulah magik apa yang mereka pakai ^V^
 

Blog Template by YummyLolly.com