Friday, April 15, 2011

Seluar-seluar lama sudah tidak selesa dipakai. Longgar! Mujur punggung masih besar. Sekurang-kurangnya tersangkut di situ. Nak harapkan pinggang, pinggang sudah tak boleh diharap :-p

Terpaksalah memulakan projek membuka butang dan menjahitnya semula ke tempat yang jauh sikit. Jimat belanja! Tak perlu beli seluar baru. Lagipun, seluar lama sedap dipakai. Terutama yang berjenama Ms. Read.

Yang sedihnya, sudah dua minggu kasut digantung. Mood bersukan sudah lari tsk. Mood makan pula mencanak naik tsk. Macam manalah nak capai target tsk tsk....

6 comments:

aida said...

aku pulak berat naik... tapi exercise hari2... skrg tgh taram herbalife

Lynn said...

wow pinggang dah kurus!

Ummu Auni said...

aku buat spekulasi liar - pregnant??

tinidewi said...

sungguh liar spekulasimu itu. tapi kalau betul, waja sudah kena tukar kih3x....

ukhti syikin said...

wouu.... bestnyer... share ler petua cket :D

Ibu WA Alim said...

Bestnye Tini pinggang dah mengecik..

 

Blog Template by YummyLolly.com