Tuesday, May 24, 2011

Cara-Cara Bersenam Yang Betul.

Saya bertanya kepada juru terapi saya yang baik hati tentang cara-cara bersenam yang betul. Begini katanya.

Pertama, warm up atau panaskan badan terlebih dahulu. Jangan salah anggap stretching dengan warm' up sebagai perkara yang sama. Tidak! Jangan sesekali stretching ketika badan belum loosen up. Tak fasal-fasal prap! Terseliuh badan. Jadi, bagaimana mahu warm up? Berjalan perlahan-lahan selama lima minit. Kalau yang bersenam di rumah, lari setempat dengan perlahan.

Kedua, stretching. Stretching sangat-sangat penting untuk prepare tubuh badan sebelum melakukan fizikal aktiviti yang berat. Juru terapi kata, kalau malas mahu bersenam, pagi-pagi bangun tidur, warm up sikit, lepas tu stretching sikit, tidaklah asyik sakit belakanglah, sakit badanlah.

Ketiga, barulah melakukan aktiviti kardio atau tak kisahlah aktiviti fizikal apa yang kita pilih.

Keempat, warm down. Contohnya, perlahankan langkah secara berperingkat-peringkat selama lima minit. Atau lari setempat.

Kelima, stretching. Yang ini WAJIB buat selepas bersenam. Kalau terus masuk kereta atau duduk relaks di sofa, gamaknya malam atau esoknya sakit badan :-p

Ha, begitulah ya kawan-kawan, tatacara bersenam yang betul. Selamat bersenam!

2 comments:

Ibu WA Alim said...

Tk Tini..apa khabar skrg???

tinidewi said...

Sakit belakang dah OK skit. but still on therapy. next week jumpa dr.chang lagi...

badan dah naik asal tsk tsk.

 

Blog Template by YummyLolly.com