Thursday, June 30, 2011

Mula Sedar Diri.

Apabila makin lama, makin Cik Abang bertambah langsing dan berotot sini sana :-p

Oleh itu, marilah telan jus buah-buahan untuk brunch pagi ini.

Betik + Whey Protein (Cosway) + Air + Ais

Rasanya eerr tak sedap tapi telan sajalah. Dah buat tak baik membazir :-)

Tadi pagi pun dah mula pusing tasik. Pancit di tengah jalan (padahal jalan lenggang kangkung). Almaklum, dah tiga bulan tak bersenam.

Thursday, June 02, 2011

My weight ballooned to 54 kg!

Wednesday, May 25, 2011

Someone commented that I looked chubby

Much happier back in Malaysia I guess... berhabuk ler pulak CD Exercise kat rumah tu, harus berusaha ni

Tuesday, May 24, 2011

Cara-Cara Bersenam Yang Betul.

Saya bertanya kepada juru terapi saya yang baik hati tentang cara-cara bersenam yang betul. Begini katanya.

Pertama, warm up atau panaskan badan terlebih dahulu. Jangan salah anggap stretching dengan warm' up sebagai perkara yang sama. Tidak! Jangan sesekali stretching ketika badan belum loosen up. Tak fasal-fasal prap! Terseliuh badan. Jadi, bagaimana mahu warm up? Berjalan perlahan-lahan selama lima minit. Kalau yang bersenam di rumah, lari setempat dengan perlahan.

Kedua, stretching. Stretching sangat-sangat penting untuk prepare tubuh badan sebelum melakukan fizikal aktiviti yang berat. Juru terapi kata, kalau malas mahu bersenam, pagi-pagi bangun tidur, warm up sikit, lepas tu stretching sikit, tidaklah asyik sakit belakanglah, sakit badanlah.

Ketiga, barulah melakukan aktiviti kardio atau tak kisahlah aktiviti fizikal apa yang kita pilih.

Keempat, warm down. Contohnya, perlahankan langkah secara berperingkat-peringkat selama lima minit. Atau lari setempat.

Kelima, stretching. Yang ini WAJIB buat selepas bersenam. Kalau terus masuk kereta atau duduk relaks di sofa, gamaknya malam atau esoknya sakit badan :-p

Ha, begitulah ya kawan-kawan, tatacara bersenam yang betul. Selamat bersenam!

Tuesday, April 19, 2011

...

Dear Fattytini,

I am on Herbalife back. Sebabnya: perutku dah macam melebar. Last time I was on Herbalife, that thing managed to trim my tummy back.

Exercise, alhamdulillah masih maintain. Cuma geng pencabar kita nampaknya sudah slow down dalam usaha mereka untuk bersenam. Jadi nampaknya kita ada can lagi nak kejar diaorang ni..

Cik Yah, walaupun dah turun 1/2 kilo, memang nampak muka dah kurus compared to before. Lepas tu dia cakap cuti exercise pulak. Tak boleh nak imagine kalau turun 10 kg, confirm dah slim sangat2 jadiknya.

So geng, siapa yang tengah exercise sekarang??

Friday, April 15, 2011

Seluar-seluar lama sudah tidak selesa dipakai. Longgar! Mujur punggung masih besar. Sekurang-kurangnya tersangkut di situ. Nak harapkan pinggang, pinggang sudah tak boleh diharap :-p

Terpaksalah memulakan projek membuka butang dan menjahitnya semula ke tempat yang jauh sikit. Jimat belanja! Tak perlu beli seluar baru. Lagipun, seluar lama sedap dipakai. Terutama yang berjenama Ms. Read.

Yang sedihnya, sudah dua minggu kasut digantung. Mood bersukan sudah lari tsk. Mood makan pula mencanak naik tsk. Macam manalah nak capai target tsk tsk....

Monday, April 04, 2011

Changing the target

Bila tengok targetku di sidebar tu, macam unrealistic pula. Sebab konon-konon nak berat 45kg tapi target July boleh achieve. Adeh deh... jom ubah target la kasi realistik sikit.

Hakikatnya, berat badanku naik walaupun suamiku memberi komen, "Adik, ibu dah exercise dengan Wii Fit tu hari-hari." Berat sekarang, huk huk 53.8 kg. Hancur dietku semenjak balik Malaysia (eleh alasan konon).

Motivation sekarang, semenjak report duty Jumaat lepas, adalah beberapa orang telah mengatakan saya kurus. Kurus tang mana tu? Pinggang dengan peha kot? Even my aunt pun cakap I kurus.... hikhik

Jadi sekarang, daku akan cuba meneruskan diet ku dan healthy exercises pula. Ni dah start kerja, cabaran pula sebab tak tahu nak slot tang mana exercise.

Ok now I am targeting to get 50 kg by end of July 2011. Apakah berjaya?

Friday, April 01, 2011

Hari Penentuan.

Hik hik. Ini jawapannya:
Weight = 71.7 kg
Body Fat Range = 36.4% (Obese)
Body Water Range = 46.5%
Muscle Mass = 42.7 kg
Physique Ratings = 2
BMR = 1404
Basal Metabolic Age = 47
Bone Mass = 2.8 kg
Visceral Fat = 7 (Healthy)

Walaupun tidak menepati sasaran, tetap satu pencapaian! Ini bermakna saya sudah menurunkan berat badan sebanyak 8.6 kg, iaitu 10.7 peratus daripada berat asal, semenjak bermulanya perjuangan [yang sudah bertahun!] Paling membanggakan, umur metabolik saya kini 47 tahun, berbanding 54 tahun sebelumnya.

Kad Laporan untuk bulan Mac:

ITEMW1W2W3W4
Weight72.4 kg71.6 kg72.7 kg72.2 kg
Body Fat Range36.8%
Body Water Range46.3%
Muscle Mass42.5 kg
BMR(kcal)1397
Basal Metabolic Age48
Bone Mass2.8 kg
Visceral Fat7

Seterusnya, saya mensasarkan penurunan sebanyak 1 kg untuk setiap bulan. Oleh itu, sasaran baru ialah:
68.7 kg pada 30 Jun 2011

Saya mendapati, kelemahan saya ialah lean muscle, di mana Muscle Mass tidak berubah di 42.7 kg. Saya perlu mantapkan otot-otot supaya kadar metabolik saya lebih baik. Oleh itu, saya akan menambah latihan beban dalam rutin harian.

Doakan kejayaanku! ^V^
 

Blog Template by YummyLolly.com