Hujan semalam membawa udara dingin, yang menguap bau tanah lembab dan daunan basah. Matahari pagi masih sembunyi di balik awan putih menggebu. Burung-burung tidak leka dek nyamannya suasana. Mereka tetap bangun seperti selalu, berkicau menemaniku mengelilingi taman.
Kih3x jiwang konon!
Minggu ini, mesti bekerja keras sebab hujung minggu yang lalu penuh dengan penipuan. Sabtu, makan ayam goreng. Bukannya satu, dua atau tiga, tetapi EMPAT ketul sekaligus. Ahad, ayam goreng lagi. Kali ini lagi melampau, ayam KFC. Mujur hanya [hanya?] tiga ketul.
Oleh itu, jadual harian seperti berikut:
Pagi = Rutin berjalan di taman permainan berdekatan rumah
Petang = Berjalan lenggang kangkung sambil menolak kereta sorong bayi di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam
Pagi-pagi, tiada orang di taman permainan. Kalau ada pun, sekadar budak-budak bermain bola. Jadi memang sesuailah untuk melakukan rutin berjalan di situ, kerana treknya lebih pendek dan ada spot untuk melakukan gerak senam. Rutin berjalanku seperti ini.
Step 1 = Berjalan lenggang kangkung dari rumah ke taman sehingga ke spot gerak senaman i.e. Warm Up.
Step 2 = Melakukan gerak senam High Knee sebanyak 30 kali. Angkat kaki tinggi-tinggi, yeh!
Step 3 = Berjalan satu pusingan.
Step 4 = Melakukan gerak senam Frankenstein Walk sebanyak 30 kali. Ngee, bercinta juga nak buat yang ini. Hayun setinggi mana yang boleh!
Step 5 = Berjalan satu pusingan.
Step 6 = Melakukan gerak senam Walking Lunge sebanyak 10 kali. Tsk tsk, menggigil paha acik nak habiskan 10 kali.
Step 7 = Berjalan satu pusingan.
Step 8 = Melakukan gerak senam Travelling Squat sebanyak 10 kali. Hoh, confirm menggigil. Masa ini, memang tarik nafas hembus nafas dengan jayanya. Rasa macam ahli kungfu pula hehe.
Step 9 = Berjalan satu pusingan.
Step 10 = Melakukan gerak senam Backpedal sebanyak 30 langkah.
Step 11 = Berjalan satu pusingan.
Step 12 = Melakukan gerak senam Skip sebanyak 30 langkah. Yay, seronok buat yang ini. Melonjak tinggi macam budak-budak :-p Tapi, pastikan anda memakai sport bra on top of your usual bra kalau mahu buat senaman ini di khalayak ramai, nanti lain pula yang melonjak. Ngee...
Step 13 = Berjalan satu pusingan.
Step 14 = Melakukan gerak senam Shuffle sebanyak 30 kali. Semasa buat yang ini, tini nyanyi "Shuffle, Shuffle." Ewah, macam remaja zaman sekaranglah pula, sibuk bershuffle :-p
Step 15 = Berjalan satu pusingan.
Step 16 = Melakukan gerak senam Crossover sebanyak 30 kali.
Step 17 = Berjalan satu pusingan.
Step 18 = Berjalan lenggang kangkung dari taman ke rumah i.e. Cool down.
Sampai rumah, minum air dan sambung lagi toning exercise seperti sit up. Fuuuhhh, seronok!
All pictures are from Prevention magazine.
Berjalan dengan walking intervals adalah lebih efektif daripada berjalan dengan kadar kelajuan yang sama, kerana jantung dapat bekerja dengan kelajuan yang berubah-ubah. Macam-macam variasi yang boleh dibuat. Samada melakukan gerak senam seperti yang tini nyatakan di sini, atau sentiasa menukar kelajuan berjalan. Kadang perlahan, kadang laju, kadang macam perut tak tertahan nak ke tandas, kadang pecut macam watson nyambek :-p