Friday, March 25, 2011

Contoh Selebriti Malaysia Pula.


Ini Adruce. Nik Muhammad Farith Adruce. Heeeee comelnya! Rasa nak cubit-cubit sahaja pipi itu, bukan?

Gambar ini semasa Adruce berlakon Tentang Bulan pada tahun 2006. Ketika itu, dia berusia 12 tahun.


Ini pula Adruce bersama para pelakon filem Brainscan pada tahun 2009. Berbaju merah jambu. Hmmm... pipi itu nampak sedikit kempis.

Selain berlakon, Adruce juga menjadi pengacara untuk rancangan kanak-kanak. Adakah di NTV7 atau TV9? Tak berapa pasti pula.

Dan TARAAAAAA!!!!


Ini pula gambar Adruce terkini untuk rancangan bersiri Waktu Rehat. Gosok mata semasa mula-mula nampak di TV. Adruce? Adrucekah ini?

Tapi, macam terlalu kuruslah pula :-)

Apa pun, tak kisahlah Adruce versi XL atau S, tetap personalitinya cukup comel untuk dilihat.

Memang sesuailah dia menjadi Johan, budak nakal tetapi terlalu protektif terhadap adiknya, Amira. Jangan ada kawan-kawan yang cuba-cuba untuk mengurat adiknya itu, nanti akan diganyang. Kalau dia yang gatal mengurat awek lain, tak mengapa :lol:

4 comments:

aida said...

Cuba google diet adruce, jealous tgk

Ummu Auni said...

aku tak tahu pun adruce slim gitu

SMM said...

oh, tak perasan pun itu adruce yg berlakon dlm waktu rehat tu.. sungguh lain!
harap2 munief yang chubby dan suka makan tu pun akan lose his 'puppy fat' bila dia masuk sekolah darjah satu nanti..

Lynn said...

laaa dia ke tu

baby fat gone

 

Blog Template by YummyLolly.com