Hari ini, banyak menu berasaskan mangga. Mahu balik Johor pada hari rabu, jadi segala bahan perishable perlu dihabiskan. Snek pagi, yogurt dengan mangga. Tengahari pula, shake mangga.
Bahan:
Setengah cawan mangga
Dua sudu besar yogurt
Setengah cawan susu rendah lemak
Sesudu besar Herbalife Strawberi
4 ketul ais
Campurkan semua bahan di dalam pengisar.
Minum perlahan-lahan. Mm mm, sedapnya :-)
Kawan-kawan jangan risau, ya? Saya bukannya mahu berlapar untuk segera kurus. Oh, tidak-tidak. Makan itu wajib hehe. Sengaja makan sedikit-sedikit tetapi kerap. Insya-Allah, jam 3 nanti saya makan lagi. Begini, badan saya akan terus bekerja untuk memproses makanan. Harapnya semua tenaga digunakan dan tidaklah dimasukkan dalam stor. Lagi menyampah kalau letak di stor perut dan punggung. Cukup-cukuplah.
Sitting is killing you!!
13 years ago
3 comments:
Ya, betul! Makan itu wajib! heheh.. Stor k.ida paling luas di bhgn perut. Yg geramnyer, tang muka pon ada stor.. hukhuk.
mmm sedapnya mangga! My fave!
k.da: stor bawah dagu tini dah nampak mengecil. yalah, masa joging kan pipi dok kembang kempis control breathing :-)
lynn: masalahnya mangga ni ada yang mahal lynn. hari tu berhambek yang RM4 sebiji huhuhu. menangis masa makan :-p lesson learnt, kena cari mangga thai barulah murah. rasanya sama je dgn yg RM4 sebiji :-p
Post a Comment