Wednesday, March 02, 2011

My Diet

Food and Fattytini share the same initial alphabet. Pendek kata, memang tak boleh dipisahkan lagi hehe. Terus terang cakap, tini memang suka makan. It is so hard to refrain myself from eating, so I won't.

Tahun 2008 dulu, tini berjaya kurangkan 7 kg dengan diet Herbalife. Bercinta juga mahu telan keh3x. Tak semua orang berjaya dengan diet ini, contohnya Aini yang mengalami food allergy. Alahan makanan bukanlah bermaksud naik ruam dan sebagainya saja. Naik berat badan kerana sesetengah makanan juga dinamakan alahan. Lagipun, saya ada terbaca ada jenis darah yang tidak sesuai dengan diet berasaskan soya. Tapi tak mengapa, Aini sudah mengecil semula sekarang ^V^

Kemudian, apabila sudah kurus, mulalah ada yang mengendeng, alih-alih termengandung :-p Susah sikit mahu berdiet apabila mengandung sebab minda asyik cakap, lapar, lapar. Kononnya bayi dalam perut yang hendak :-p

Selepas bersalin, memang tak bersemangat mahu teruskan perjuangan. Untungnya, si kenit yang menyusu badan membantu saya kekalkan berat sebelum mengandung. Sekarang ini, mula semula sebab suamiku sudah slim! Umur metaboliknya 18 tahun, ya ibu-ibu. Sudahlah di ofisnya ada anak-anak dara yang slim melim dan tentunya manja-manja. Ini tidak boleh dibiarkan! If we can't beat them, join them kata orang. Hihi.

Seperti yang tini katakan awal tadi, tini tak boleh menahan perut. Mesti mau makan. Jadi, apa yang tini lakukan adalah, menukar makanan. Contohnya, daripada sarapan nasi lemak kepada emping jagung dan susu rendah lemak. Jam 11 pagi, tini makan lagi, tetapi hanyalah sebiji epal. Tengahari, makan nasi. Mulai semalam, sudah mula ambil sayur. Rupa-rupanya, makan sayur memang cepat kenyang. Petang, tini kunyah-kunyah lagi. Malam pula, ikut selera. Kadang makan nasi, kadang hanya emping jagung atau sandwich keju.

Awal dulu, hidangan nasi agak besar, bersenduk-senduk hehe. Tapi, perlahan-lahan dikurangkan portion. Malah kini, makan sesenduk pun perut sudah rasa sebu. Mungkin juga tini giat bersenam, jadi badan kita pun tidak berkehendakkan makanan yang terlalu berat.

O.K.lah, itu saja buat kali ini. Tini nak mulakan OPS MOP. Orang kata, mengemop adalah kerja rumah yang berupa senaman kardio paling berkesan. Almaklum saja, semua badan pun bergoyang!

7 comments:

Yasmin's Mummy said...

mcm sikit je Tini makan. I makan lebih banyak rasanya..

Ummu Auni said...

umur ahmad 18??? terkagum kejap ai dibuatnya. dia diet ke?

Ummu Auni said...

orang lain start diet, statistik lama belah kanan tu buat hiasan. aku pula statistik lama tu lebih bagus dari statistik sekarang, huhuhu

aida said...

Time bergiat diet hl tau2 pregnant cam mama, ish2 kalu kurus jadi subur? Ada kaitan ke dgn hormon?

tinidewi said...

yasmin's mommy: tsk tsk tu tak tulis lunch makan banyak mana [cover line skit] kadang tu, tertambah sampai tiga pinggan hihi. malam je tak makan banyak sebab letih berjalan kat park :-)

aini: mamat tu pegi gim maaa.... swimming lagi. kalau kita rajin exercise, otomatik makan pun kurang gitu. badan rasa tak syok makan banyak. BTW, la tahzan, kita sama-sama jayakan misi kita O.K.? you jump i jump kaedahnya.

aida: op, lupa ko pun dimengandungkan juga. tapi ada baca, doktor advisekan ladies yang lambat dpt anak untuk kuruskan badan dulu, before trying to conceive.

aida said...

ma, kau jangan ler lupa.. maryam tu kan 2 bulan je tua dari fateh.. kot ada rezeki, bolehlah bermenantukan maryam... kuang2... :P

jom join swimming class hujung minggu. di mana yaa?

Tyha said...

seronok baca diary korang...setuju dgn apa Tini kata...makan bukan penyebab sangat...tapi apa yang kita makan...cayalah korang!

Tini...bila makan banayk mula rasa sebu...hehehehe,ayat tu ayat keramat for me sekarang...;)

 

Blog Template by YummyLolly.com