Nak bersenam, kenalah pakai pakaian yang menepati tema. Tak sesuailah kalau berbaju kurung. Bagaimana mahu langkah luas-luas. Paling utama, wajib tutup aurat. Contoh, macam yang minah salleh ini pakai.
Baju berlengan panjang dan labuh menutupi punggung, dan seluar panjang. Masalah contoh yang saya tunjuk ini ialah, tak cukup longgar dan tak cukup labuh. Melonjak sikit, baju pun ikut terselak :-p
Hai, cantiklah pula suit ini. Berwarna hitam, dan berjalur merah jambu di sisi. Berjenama Adidas lagi. Rasa berkenanlah! Ehem ehem. Harapnya banyaklah bonus cik abang tahun ini. Boleh mengendeng baju sukan baru hik hik.
Lagi-lagi kalau dipadankan dengan kasut sukan berwarna merah jambu. Heee, cantiknya kalau dipakai berjalan-jalan di taman tasik di waktu petang. Cantik begini barulah bersemangat mahu bersenam. Motif nak pakai cantik selepas itu berpeluh masam?
Haa.. bagi wanita pula, wajiblah pakai sport bra kalau bersenam di tempat awam. Faham-faham sendirilah ya kenapa :kenyit: Saja tunjuk yang berjenama Nike, sebab saya pakai jenama ini. Sudah beli lama dulu, terperap dalam almari bertahun.
Tip membeli sport bra, carilah yang berspan tebal. Kalau tiada span, akan nampak sesuatu yang tak perlulah disebutkan di sini :-p Ini kerana, sport bra kebanyakannya dibuat daripada material yang melekap pada tubuh.
Ada juga sport bra yang akan lari spannya sesudah dibasuh. Mudah saja penyelesaian saya, span itu saya buka dan pakai 2 bra hehehe. Oh cukup-cukuplah pasal pakaian dalam. Rasa macam tak senonoh pula :-p
Sitting is killing you!!
13 years ago
9 comments:
Segar jap mata bila tengok pakaian sukan yang cantik. That reminds me, kena beli sports shoes.. now exercise dalam rumah pakai socks je sbb tak nak guna sports shoes ku yg kotor itu :(
YM: bukan YM pegi gim ke? pegi gim kena pakai shoes kan? BTW.. ni berangan saja tengok pakaian sukan yang cantik-cantik. Mahu dibeli, belum tentu muat kih3x.
Ah sempat ke tak nak beli sport bra, hari tu ada saleeeee
meeemang cantikkk..I like!
hmm.. sport bra tu selain unt mengelak dr kenyit2, ia juga membantu utk melewatkan proses per'lanjut'an sbbnya biler jog, berlaku gegaran yg agak kronik yer, rakan2 seperjuangan sekalian.
hehehe ayat kak ida power :P
aida: ada sales ke? belikan satu utk aku nyeh3x.
k.da: itulah pasal. gegaran kronik itu sungguh tidak menyelesakan. memberatkan badan ketika melonjak.
ummu auni: itulah pasal ^V^
haha selalu teringin nak beli sports bra tapi mcm tak pernah terbeli
I need new exercise clothes too. my yoga instructor told me better beli material mcm getah as seluar pasal yoga kan banyak stretching. I pakai track bottom ke, kadang tu risau gak seluar terkoyak HAHAHA!
I pakai track bottom *je
agen taruhan ayam sabung peru 2018
Post a Comment