Hari ini, hari terakhir latihan sebelum penimbangan pada 1 April 2011. Kalau boleh, mahu usaha sehabis upaya kerana esok perlu berehat. Kenapa perlu berehat sebelum hari timbangan?
Apabila kita bersenam, kita menggerakkan otot-otot badan. Otot-otot mengembang, menguncup. Oleh itu, penambahan berat badan adalah normal selepas bersenam. Ramai yang berhenti bersenam di gim atau tidak lagi menyertai aerobik kerana menurut mereka, selepas bersenam, berat badan makin bertambah. Namun, jangan risau. Jangan cepat berputus asa, malah teruskan usaha. Penambahan berat badan itu takkan melebihi 2 kg dan bersifat sementara. Sebaiknya rehatkan dulu otot-otot selama sehari sebelum menimbang badan.
Adakah Fattytini berjaya mencapai sasarannya? Mari kita tunggu hari Jumaat. Harapnya penimbang itu tidak mengenakan usikan April Fool :-)
Sitting is killing you!!
13 years ago
2 comments:
Oh gitu rupanya, i like to timbang after exercise, kih3
Cy pun.
Yeah April Fool.
Post a Comment