Pagi ini tini buat variasi dalam rutin pagi. Semalam baca blog Geng Merak, K.Da ada mention berkenaan sekejap brisk walk, sekejap joging. Macam menarik, jadi kita cuba. Lagipun, saja nak uji jantung. Boleh tahan atau tidak kalau tambah kelajuan. Kalau gagal, esok kita kembali kepada asal tsk tsk.
Baiklah, ini trek senaman saya. Bentuknya yang seperti segi empat memudahkan cara, kerana saya tak perlu mengira masa. Sekadar tentukan kawasan untuk melakukan gerak senam, brisk walk dan joging.
Mula-mula berjalan lenggang kangkung dari rumah sampai ke titik mula [bintang kuning], kemudian mula melaju dan berhenti ke spot gerak senam [kotak biru] untuk melakukan gerak senam seperti yang dikongsikan semalam, kemudian brisk walk sehingga sampai ke permulaan trek berwarna merah. Sepanjang trek berwarna merah, joging! Kemudian, berjalan lenggang kangkung hingga ke titik mula dan ulang.
Weehee, saya suka tambah joging dalam rutin! Seronok, sebab berjalan saja agak membosankan. Saya juga suka perasaan ketika joging. Erm, bagaimana ya nak gambarkan perasaan itu? Ecstatic mungkin?
Mula-mula rasa nak give up juga setengah jalan, tapi apabila terbayang nombor di penimbang yang sudah bertambah gara-gara tujuh ketul ayam goreng [hai, nak naik punyalah senang, nak turun punyalah payah] dan wajah-wajah geng biru [sebab blog ini kan warna biru hehe] versus geng merak [huh, tak boleh jadi!], semangat pun kembali membara dan langkahku semakin jitu membenam tanah :-p
Nampaknya jantung saya sudah agak fit untuk menambah joging dalam rutin. Alhamdulillah ^V^ Esok boleh buat lagi, insya-Allah.
Sitting is killing you!!
13 years ago
3 comments:
Tini..the way u wrote selalu buat k.ida senaman getaran perut..gelak terkekeh2.
Eh, rasa cam kumpulan sukan zaman sekolahlak - kumpulan Merak/Merah n kumpulan Biru ;)
Yes! different feelingkan bila jog. masa awal k.ida start jog rasa lemas sbb x bernafas dgn betul.. heheh. Tapi, bila dah makin berwibawa jog ni kan, even brisk walk, rasa cam lenggang kangkung..:D
K.ida pon nak test jantung almaklum ajer dahq2 late thirties :P
BTW masa jog tu kan, aset utama x bergegar ker? K.Ida sungguh kurang selesa, kat sini x tau nak pi redah tang mana carik sports bra. Balik mesia, kena rembat byk2.:p
kak da, aida exercise takde pun sport-sport bra tu... tapi kalau jogging kat malaysia dulu, pakai tudung tutup dada la gitu
k.da: tu pasallah tini pakai 2 bra, bra biasa dgn sport bra. kalau tak, huh confirm, kak!
aida: dah ko berwii kat rumah buat apa nak pakai sport bra hehehe...
Post a Comment