Thursday, January 08, 2009

My story: change the eating habit

Assalamualaikum dear Fattytini,

Semalam, masa on the way back dari office, den amik masa berborak dengan Aini pasal my weight. Sekarang ni den stands between 49/50 kg. So meh le den coret sikit-sikit buat kenangan dan motivasi untuk Aini meneruskan dietnya (dan diet den sendiri..kehkeh).

Den masa mengandung si Fahri, start berat masa tu 50 kg.
Lepas tu den pergi haji, sokmo O&G den sound suruh jaga makan. Ada sekali tu, den makan macam tak jumpa dah makanan tu. Yelah, den teringin nak makan nasi briyani kambing orang Arab.. faham-faham jerlah, den tengah ngandung.. masa den pergi tu, berat den baru 55 kg (5 bulan). Bila balik haji je, terus shoot naik lagi 3 kg.. So masa last checkup sebelum bersalin Fahri, I stands at 63 kg.

Lepas dah bersalin, I am stuck with 53 kg. Aduh, payah nor nak turun. Den dok fikir sebab den nyusu Fahri, jadi den pun buat dek jer pasal berat tu... Sampai la Fattytini ni berkecimpung secara intensif dengan Herbalife. Masa tu, Fahri dah umur setahun, so den pun nak cubalah diet kan kan.. Nak kasi tang perut tu kurang buncit sikit.. heheheh.

Masa naik weight scale tu, den terkejut tengok fat den tinggi sangat. Lepas tu BMA den 38 tahun! Alamak, tak boleh jadi nie.. Den baru umur 28 tahun.

So den pun gantikan la HL untuk my breakfast. Allah, masa start tu, rasa lapor nye tak boleh nak tahan laa... Den ganti minum air kosong bebanyak. Sebelum makan HL, kuat dah minum air kosong. Tapi lepas dah makan HL, consumption plain water je dah dekat 3 liter satu hari.

Tang berat 53 kg tu, jangan cakap la.. asyik naik scale tu, await la tak turun nie??? Bayangkan, amik masa dekat 3 bulan, baru ler nampak turun 1 kg.. Rasa masa tu nak campak je HL ngan TeaMix yang den beli. Tapi sebab den dah tukar eating habit, den motivated sebab Aini dok cakap perut ku kurang buncit.. Itu jer le, kalau tang berat tu, rasanya dah lama give up HL ni. 2 minggu den mulakan diet.. my BMA drop dari 38 tahun jadi 34 tahun.. hehehe

Tapi bila dah start 3 bulan diet, with my typical eating habit camni:


Breakfast: HL
Snack: 2 keping biskut Jacob's Low Salt Hi Fiber
Lunch: Nasi 1/2 + lauk + sayur
Snack: 2 keping biskut Jacob's Low Salt Hi Fiber + buah potong
Dinner: Nasi 1/2 + lauk + sayur


In between pun memang banyak minum TeaMix + plain water

Antara benda yang den tukar:

1. Minum antara tengah makan tu tak buat. Den kalau gi makan, mmg tak order air pun, lepas balik dari makan.. dalam 30 min-1 jam lepas makan, baru minum air kosong
2. Air manis dah lama ditch, tapi kalau teringin, den sembat gak. Adalah dalam seminggu, dalam 3-4 cawan jer air berwarna ni, lain semua plain water
3. Den banyak minum plain water yang tak sejuk, mmg tak tahan minum air kosong dari peti ais. Ni habit dari suami den. Sampai sekarang dok lekat dengan habit nie
4. Roti makan yang warna coklat (hi-fibre). Kalau suami beli yang putih, sembat la 2 keping gitu.. Tapi mmg den susah nak makan roti putih dah, mesti roti hi-fibre gak dicari
5. Antara breakfast-lunch tu.. kalau amik shake, selagi tu la den cuba tak makan benda heavy cam nasi. Den akan cuba cari kudapan berkhasiat seperti biskut hi-fibre

Jadi lepas dah mengamalkan selepas 3 bulan diet, berat tu macam melts off... Sampai la 3 kg turun (jadi 50 kg). Yang den notice, tang skirt.. dulu kalau pakai, nak zip tak lepas kat peha, sekarang boleh dah.. mmg den pun agak peha den mengecut sikit.

Lepas tu challenge ler pulak, nak turun bawah 50 kg tu.. scale tu dok main la kat situ 49 atau 50 kg. Punyalah lama nak cairkan lemak nak kasi turun 49 kg.. Tapi bila dah turun 49 kg, payah pulak nak turun ke 48 kg (kecuali masa puasa hari tu). So den pun usahalah diet balik cam masa awal-awal dulu..

Den motivated sebab tetiba Aini dah turun berat kan, so dah jeles la ngan dia. Jadi den kena usaha lebih lagi niee.. Nak jadi 43 kg lak tahun ni :D

6 comments:

Ummu Auni said...

syabas, syabas, syabas
bagus juga kataku tempat perutmu kempis mendorongmu...
thehehe

Fattytini said...

uit best best. den pon termotivasi jugak ni. tahun ni den berazam, walau bagaimana best pon makanan hotel free yang dihadap kat den, den akan menolaknya dengan penuh jaya. kalo den nak makan pon, cukuplah sepinggan hehe.

aida said...

nak request aini n kak tini tulis cerita korang pulak.. kasi panjang sikit. cam aini tu dah turun 4 kg, tulis ler camna makan semua..

Ummu Auni said...

rasanya nak turun lagi, baru cerita macam mana, hehehehe

aida said...

sabor jer :P

nida said...

haha...oden gelak sakan baca citer aida. Wah! penah cecah 63 yek? Oden masa ngnadung kat anak bongsu, oden penah cecah 66, the heaviest la tu..keep it up, my dear!

my dearest tini,
i've received yr mystery gift... hee..hee..hee (gelak cara miang) cweeeet, cuka gitu...pink karer lagi!

tq my dear, u make me much more motivated esp tang perut tu...mmg 'kecepot' tersembul!

Jgn bertambah koleksi anak udahler... haha

 

Blog Template by YummyLolly.com