Jumpa satu fakta menarik berkenaan yogurt:
YOGURT JUGA MERAMPINGKAN. Yogurt dipercayai membantu merampingkan bahagian pinggang bagi penderita obesiti. Kajian yang dilakukan di University of Tennessee, Amerika Syarikat ke atas beberapa penderita obesiti dengan mengambil yogurt tiga kali sehari selama dua bulan mendapati mereka mengalami penurunan kadar lemak terutama di bahagian perut. Selain kadar lemak menurun sebanyak 61 peratus, tubuh mereka juga kelihatan lebih segar.
Ooohhh, patutlah kad laporan saya nampak ada sedikit peningkatan minggu ini setelah hari-hari yang sungguh depressing minggu lepas. Lemak yang degil tak mahu blah malah bertambah, akhirnya mengalah pagi tadi. Apa tidaknya, semalam entah berapa kali menelan yogurt. Mujur sedap :-p
ITEM | W1 | W2 | W3 | W4 |
Weight | 72.4 kg | 71.6 kg | ||
Body Fat Range | 36.8% | |||
Body Water Range | 46.3% | |||
Muscle Mass | 42.5 kg | |||
BMR(kcal) | 1397 | |||
Basal Metabolic Age | 48 | |||
Bone Mass | 2.8 kg | |||
Visceral Fat | 7 |
Nampaknya snek yogurt lagilah kita hari ini ^V^
Saya mempunyai 15 hari lagi untuk mencapai berat sasaran iaitu 70 kg, sebelum saya meletakkan sasaran seterusnya untuk 30 Jun 2011. Tsk tsk. Bolehkah saya melakukannya?
[Suara-suara latar di belakang sana wajib menjerit, YA, KAMU BOLEH!]
Muka saya mula menghijau kerana esok balik kampung. Aduh Mak, tolonglah jangan panjat pokok kelapa itu untuk memasak nasi lemak!
8 comments:
Dugaan balik kg tu, hehe
Makanlah nasi lemak mak buat tu..berkat.
thanks info yogurt tu tp kena makan yg plain kah? Kalau yg plain tu, tekak ni x brp nak boleh telan, tp kalau yg berperisa, 10 sehari pon akak boleh telan, kasik lg cepat kempis..hiks..
Setuju dgn IWA.
psssst..suara latar tu suara akak yg paling nyaring yer.:)
ooops..nak tanya, camner nak buat table tu dlm blog yer?
Soalan yg sama..copy paste jadi ke?
1 lagi mcm mana nak draw trek jogging tu?
aida: itulah!
IWA: kalau mak dah masak, makan sajalah. tapi rasanya, tini nak inform dia up front yang tini diet so mak tak payahlah masak sgt. mak mesti suka tini bersungguh kuruskan badan kali ni, selalu dah dia bebel hehehe...
k.da: seeloknya yogurt yang tak sedap tu ler, natural yogurt yang selalu org guna utk memasak. kalau makan begitu saja, confirm tak sedap. tini makan dengan fresh fruits, baru boleh telan hehehe...
fasal table, tak boleh copy paste :-) kena guna html coding. tini sebenarnya tak tau html coding juga, tapi guna software NVU. software NVU ni mcm kita guna microsoft word lah, ada icon icon tinggal klik sana sini, NVU yang akan buatkan html codingnya, then kita tepek kat blogger. software NVU boleh download free jah.
trek joging pula tini pakai Paint saja :-)
Perasan juga cucu2 dok main 'Paint' tu..tp neneknya pulak yg buta 'Paint'..dok cari2 jugak 'Paint' tu tp depa pi taruk kat mana tak taulah..tak jumpa..
Mak IWAA pun bebel pasal yg sama..
Mmm I like yoghurt. Cuba makan Yoplait yoghurt.. 50kcal je 1 tub kecil. Ini Bob (The Biggest Loser) yg sarankan.. kalau craving nak makan benda manis, makan Yoplait yoghurt. Baru ni ada promo, beli 1 tub 1kg, dpt free 1 tub 1kg. I pun beli la. Lepas tu pulun nak habiskan dlm masa 2 weeks sebelum ia expire. Nasib baik tak ter uwek uwek je hehe.
Post a Comment